fbpx

Peneroka mati selepas bergaduh dengan menantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang peneroka yang bertengkar dengan menantunya maut selepas ditendang di bahagian dada oleh adik kandung menantunya.

BENTONG – Seorang peneroka yang bertengkar dengan menantunya maut selepas ditendang di bahagian dada oleh adik kandung menantunya di Felda Mempaga 3 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu mangsa yang berusia 59 tahun bertengkar dengan menantunya.

“Adik kandung menantunya yang berada di tempat kejadian menjadi berang dan telah menendang mangsa di bahagian kiri dada.

“Selepas itu mangsa mengadu sakit di bahagian dada dan muntah beberapa kali sebelum rebah,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, pegawai perubatan yang datang ke rumah mangsa mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan punca kematian masih belum dikenalpasti.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek yang melarikan diri berjaya ditahan di sebuah pondok di Empangan Klau pada pukul 10.30 pagi hari ini.

“Kedua-dua suspek adik beradik berumur 26 dan 34 tahun didapati positif dadah jenis heroin dan methampetamin serta mempunyai rekod jenayah lampau,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI