fbpx

Lebih 50 rumah rosak dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharin menunjukkan bumbung rumahnya di Kampung Titi Kerbau yang rosak akibat dilanda ribut pada petang semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Lebih 50 buah rumah di sini dan Changlun dalam daerah Kubang Pasu rosak dalam kejadian hujan batu serta ribut pada petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu antaranya melibatkan Kampung Titi Kerbau, Kampung Mempelam dan Kampung Padang Satu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian pokok tumbang dan kerosakan rumah kira-kira pukul 7 malam.

“Kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas telah dilakukan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, kejadian hujan batu selama kira-kira setengah jam itu merupakan kali pertama berlaku di kawasan tersebut.

Penduduk Kampung Padang Satu, Zarina Ahmad, 45, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan dua anaknya sedang makan di luar rumah.

“Kira-kira pukul 6 petang, cuaca bertukar gelap dan angin bertiup kencang menyebabkan saya dan anak-anak terus masuk ke dalam rumah.

“Hujan turun lebat beserta ketulan seperti ais yang agak besar,” katanya.

Ketulan ais selepas berlaku hujan batu di Changlun pada petang semalam.

Seorang lagi penduduk, Baharin Hamid, 52, juga berkata, bumbung rumahnya di Kampung Titi Kerbau di sini diterbangkan angin kencang.

“Ketika kejadian saya tiada di rumah dan sebaik tiba, bumbung sudah tiada selain rumah dimasuki air hujan,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI