fbpx

KASA cadang harga air mentah ikut gred

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang membangunkan program Gred Air Nasional untuk menetapkan harga air mentah mengikut gred kualiti sumber bekalan air di setiap negeri seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu membolehkan kerajaan negeri yang memiliki sumber bekalan air mentah pada gred tinggi dapat menjualnya ke negeri lain dengan harga lebih mahal.

“Sesetengah negeri terpaksa membayar kos air sebagai contoh Selangor beli daripada Pahang dan untuk makluman, air (mentah) pada masa ini dibayar secara purata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI