fbpx

Jumlah bakal jemaah haji divaksin bergantung kuota 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (dua dari kanan) menyerahkan kit ramah dan kerusi roda kepada Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, Dr. Muhd Siv Kamaruddin Alias (tiga kiri) pada majlis pelancarannya di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Bilangan bakal jemaah haji yang akan menerima vaksin Covid-19 bergantung kepada jumlah kuota rasmi bagi negara ini setelah dimuktamadkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, ketika ini masih awal untuk diberikan jawapan berhubung isu vaksinasi tersebut.

“Perkara seperti ini agak terlalu awal dan akan saya bincang satu persatu dengan kerajaan Arab Saudi serta menantikan keputusan rundingan daripada pihak negara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Kit Rakan Masjid Hospital (Ramah) dan Penyampaian Kerusi Roda Pesakit Hospital di Kompleks Islam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, setakat ini beliau sendiri belum lagi mendapat kenyataan rasmi terus daripada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Mohammad Saleh Tahir Benten.

“Saya sedia terima apa sahaja keputusan dan sehingga kini tiada apa-apa lagi, bukan sahaja Malaysia,malah negara dari seluruh dunia belum tahu kuota jemaah haji mereka,” katanya.

Dalam perkembangan berbeza, Zulkifli berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal melancarkan Pelan Pengimarahan Masjid di seluruh negara dalam masa terdekat bagi menghidupkan premis tersebut.

Beliau berkata, apabila diperluas ke seluruh negara kelak, masjid bukan lagi sekadar rumah ibadah umat Islam, bahkan aktiviti dianjurkan terbuka kepada masyarakat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI