PETALING JAYA – “Cakap beria, dah sampai (barang) batang hidung pun dia sorok dalam gua.”
Itu luahan kekecewaan pelakon Diana Danielle terhadap sikap seorang individu yang membatalkan pembelian saat akhir sehingga menyusahkan orang lain.
Menerusi luahan yang dibuat dalam Instagramnya, Diana mendakwa pembeli tersebut telah menyusahkan pihak penghantar barang kerana perlu terkejar-kejar dari Damansara ke Kajang, Selangor.
“Awak (pembeli) sangat biadab. Kasihan orang yang terkejar-kejar dari Damansara ke Kajang. Lepas itu siap block (sekat) nombor. Nombor saya juga disekat. Saya doakan sahaja untuk awak,” kata Diana.
Difahamkan bahawa, pembeli itu secara tiba-tiba membatalkan barang yang hendak dibeli sedangkan penghantar barang telah pun sampai ke lokasinya iaitu di Kajang.
“Saya tidak kisah siapa pun nak beli atau nak batalkan pembelian sebab itu bukan sumber pendapatan saya. Saya nak kurangkan barang yang penuh dekat (dalam) rumah.
“Lebih berhemah jika anda nak batalkan terus cakap. Tidak perlu segan silu, kami okey sahaja.
“Orang itu (runner) dah habiskan minyak pergi sana dan awak pun hilang. Sedangkan ramai lagi yang nak beli. Saya utamakan awak sebab first come first serve (siapa cepat dia dapat),” luahnya.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon, Farid Kamil itu merayu pembeli lain agar lebih bertanggungjawab ketika berurusan dengan penjual.
“Tolong jadi pembeli bertanggungjawab. Inilah yang selalu saya dengar terjadi kepada orang yang nak COD (cash on delivery). – K! ONLINE