fbpx

Engku Emran, Noor Nabila bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Engku Emran dan Noor Nabila

PETALING JAYA – Tiada angin , tiada ribut, tiba-tiba kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila mengundang teka-teki apabila didakwa menjalin hubungan istimewa bersama Engku Emran.

Khabar angin tersebut tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila baru-baru ini.

Malah, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah tersebut berakhir.

Perkara tersebut menguatkan lagi spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka.

Tangkap layar dipercayai Engku Emran sedang menikmati makan malam di kediaman Noor Nabila baru-baru ini.

Hasil tinjauan Kosmo! bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad juga pernah memuat naik foto dirinya bersama beberapa individu lain, termasuk Engku Emran sewaktu melakukan aktiviti berbasikal dalam Instagramnya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, hubungan mereka masih menjadi tanda tanya dan tiada sebarang pengesahan dikeluarkan oleh pihak mereka tentang dakwaan tersebut.

Bagaimanapun ada netizen berpendapat hubungan mereka sekadar teman rapat kerana sering melakukan aktiviti berbasikal bersama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI