fbpx

152 pemandu dicekup dalam Ops Mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seramai 152 individu ditahan selepas disyaki memandu kenderaan dalam pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan dalam operasi dijalankan sekitar negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan berkata, tangkapan itu hasil 89 operasi Ops Mabuk yang dijalankan bermula 1 Januari hingga 28 Februari.

Kumarasan

Menurutnya, individu yang diberkas itu terdiri daripada 150 lelaki dan dua wanita berusia antara 23 hingga 65 tahun.

“Hasil daripada operasi yang kita jalankan menunjukkan masih ramai pemandu degil memandu kenderaan dibawah pengarah alkohol seolah-olah tidak gerun dengan hukuman.

“Tahun lalu seramai 85 individu diberkas dalam tempoh sama selepas melakukan kesalahan yang sama,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kumarasan berkata, tahap kesedaran masyarakat tentang bahayanya pengambil alkohol ketika memandu masih lagi rendah dan keadaan ini sangat membimbangkan.

Jelasnya, JSPT akan terus melakukan Ops Mabuk ini agar kesalahan ini dapat dibendung secara berterusan.

Dalam pada itu, Kumarasan turut memaklumkan seramai 88 samseng jalanan diberkas menerusi 40 operasi yang dijalankan antara Januari hingga Februari lalu.

Katanya, JSPT turut mengeluarkan 118 saman ke atas pemandu kenderaan berat atas pelbagai kesalahan termasuk membawa lebihan muatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI