SELEPAS tujuh bulan mengamalkan cara hidup sihat dan berdiet, pelakon Tya Ariestya kini berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 25 kilogram (kg).
Apa yang melucukan, suaminya Irfan Ratinggang berkata dia seolah-olah memiliki pasangan baharu kerana penampilan si isteri yang sangat jauh berbeza berbanding sebelumnya.
“Nampaknya dia (suami) tidak perlu bersusah payah mencari isteri muda. Tetapi saya gembira kerana dia tidak pernah mengadu apa-apa ketika badan saya sangat gemuk,” ujarnya.
Kata Tya lagi, dia mendapat tahu sebenarnya Irfan sering berdoa supaya dia terbuka hati untuk menurunkan berat badan.
“Sebenarnya selepas saya kurus baru suami beritahu dia banyak berdoa supaya saya mahu menurunkan berat badan,” ujarnya.
Tya yang sebelum ini mempunyai berat badan sebanyak 74 kg sebelum memulakan diet sekitar Jun 2020.