PETALING JAYA – Lima orang mangsa dilaporkan masih terperangkap di bawah runtuhan sebuah jambatan lebuh raya yang dalam proses pembinaan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Pandan Indah menghala Ampang, lewat petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, kesemua mangsa dikatakan berada dalam sebuah van kilang yang melalui lokasi sebelum kejadian berlaku.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 sekitar pukul 5.58 petang.
“Seramai 23 petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dengan bantuan BBP Hang Tuah, Bandar Tun Razak, Cheras dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati terdapat runtuhan jambatan dalam pembinaan yang menghempap sebuah van kilang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE