fbpx

Wanita temui muntah paus bernilai RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muntah paus ditemui wanita ini dikatakan bernilai RM1 juta. - DAILY MAIL

BANGKOK – Seorang wanita menemui muntah paus atau dikenali sebagai ambergris dianggarkan bernilai hampir £190,000 (RM1 juta) di sebuah pantai di wilayah Nakhon Si Thammarat, selatan Thailand baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Siriporn Niamrin, 49, menemui muntah berharga itu ketika bersiar-siar di pantai berkenaan.

Dia membawa bahan mempunyai bau ikan yang kuat seberat 6.8 kilogram itu pulang, Siriporn kemudian dimaklumkan oleh jiran-jirannya bahawa ia merupakan ambergris.

Siriporn kini menanti ketibaan pakar ke rumahnya bagi mengesahkan bahawa ketulan ditemuinya itu adalah ambergris tulen. Bahan itu sering digunakan dalam industri minyak wangi.

“Jika apa yang saya temui ini adalah ambergris asli, ia membolehkan saya membantu komuniti selepas ia berjaya dijual,” katanya.

Ambergris dihasilkan oleh paus sperma memuntahkan isi di dalam perutnya yang kemudian mengeras dan terapung di permukaan laut.

Ketulan tersebut mempunyai bau busuk pada mulanya namun apabila ia kering, bauan manis dan tahan lama mula dihasilkannya dan ia menjadi bahan yang dicari-cari dalam industri minyak wangi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI