fbpx

SPRM diminta kongsi maklumat berhubung Addy Kanna-KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, hari ini.-Foto Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkongsikan setiap maklumat berkaitan sindiket penipuan Macau Scam dan perjudian dalam talian membabitkan Addy Kanna.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkongsian itu adalah penting bagi pihaknya mengambil tindakan terhadap pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan aktiviti sindiket berkenaan.

“Kes ini agak rumit dan ia datang daripada SPRM, ditangkap dan diambil tindakan juga oleh SPRM sebelum diserah kepada polis.

“Jadi saya (polis) adalah pihak berkuasa nombor dua yang menyiasat perkara itu dan saya harap SPRM berkongsi segala yang mereka ada untuk pihak kami buat keputusan tepat dan adil,” katanya selepas selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech bagi fasa pertama di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu pegawai dan anggota polis yang telah dikenal pasti terlibat dalam sindiket berkenaan bakal berdepan hukuman berat termasuk dibuang kerja.

Tambah beliau, tindakan itu terpulang kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang akan bersidang dan keputusan sama ada dibuang kerja, turun pangkat atau lain-lain yang difikirkan adil dan setimpal akan di ambil oleh SPP.

Terdahulu, media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa seramai 29 pegawai dan anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat Deputi Komisioner disiasat berhubung penglibatan mereka dalam kes penipuan Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan Addy Kanna.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI