fbpx

Rombak Kabinet di tangan Prayut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha. - Google

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menegaskan keputusan akhir merombak kabinet menteri terletak di tangannya, lapor Bangkok Post, hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas pelbagai spekulasi berkenaan rombakan kabinet pentadbirannya bertebaran apabila tiga menteri dipenjarakan atas kesalahan bersubahat dalam isu rampasan kuasa, minggu lalu.

Buddhipongse Punnakanta, Nataphol Teepsuwan dan Thaworn Senneam masing-masing kehilangan jawatan sebagai Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat (DES), Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pengangkutan kerana menjadi antara 26 individu yang disabitkan oleh Mahkamah Jenayah atas peranan mereka dalam Jawatankuasa Rakyat Protes Pembaharuan Demokratik yang memuncak pada rampasan kuasa Mei 2014.

Nataphol dan Buddhipongse adalah anggota Parti Palang Pracharath (PPRP) yang memerintah, sementara Thaworn pula dari Parti Demokrat.

Ketiadaan mereka dalam barisan kabinet terkini telah mengundang spekulasi luas mengenai kemungkinan pengagihan semula kuota menteri di antara parti-parti gabungan pemerintah dalam rombakan besar akan menyebabkan perpecahan di antara barisan parti.

Prayut dalam satu kenyataan semalam mengatakan, sementara parti-parti gabungan mungkin mencadangkan perubahan pada barisan kabinet mereka, kata putus akhir terletak di tangan beliau.

Masalah berkenaan sedang dibincangkan dengan pemimpin parti demokrat, Bhumjaithai yang telah diarahakan memberi kerjasama baik demi kemajuan negara di masa hadapan.

“Biar saya selesaikan isu ini mengikut cara saya sendiri ” kata Prayut sebelum menegaskan, beliau akan memerlukan sedikit masa untuk menganalisis kesan perubahan pada barisan menteri terhadap fungsi pemerintah.

Menteri di Jabatan Persana Menteri, Anucha Nakasai, yang juga setiausaha jenderal PPRP, mengatakan Prayut tidak memberikan sebarang tanda atau indikasi tentang kemungkinan adanya rombakan dalam masa terdekat sebelum menolak memberi komen mengenai desas-desus bahawa beliau akan menggantikan Buddhipongse sebagai menteri DES. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI