fbpx

Rider OKU terima kejutan dari Bonda Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bonda Nor ketika mengadakan pertemuan dengan Rizuam (dua dari kiri) petang tadi.

PETALING JAYA – Kisah tular seorang penghantar makanan yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang dikenali sebagai Rizuam yang terlewat menghantar makanan kepada pelanggan sebelum ini membuka pintu rezeki kepadanya.

Kisah Rizuam viral di media sosial selepas ia dikongsi oleh penulis buku terkenal, Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli Madlan di laman Facebooknya pada 23 Februari lalu.

Dalam status yang dimuat naik itu, Bonda Nor menceritakan bagaimana salah faham yang berlaku ketika beliau membuat pesanan Yong Tau Fu untuk berbuka puasa yang sepatutnya dihantar Rizuam.

Status itu telah dikongsi oleh lebih 3,300 pengguna dengan ribuan lagi perkongsian lain dibuat netizen.

“Walaupun dah bagi tips pada rider tersebut melalui system Grab Pay, hati saya tetap rasa tak seronok. Saya rasa bersalah sebab salah sangka padanya.

“Oleh itu, saya tuliskan kisah tersebut di Facebook untuk peringatan bersama. Bahkan saya juga menghubungi pihak Grab untuk mengesan rider OKU yang menghantar makanan tersebut,” katanya di Facebook semalam.

Menurut Bonda Nor, selepas beberapa hari menunggu, petang tadi berlangsungnya pertemuan yang sangat indah dengan remaja terbabit sebelum dia menyampaikan sedikit wang tunai sebanyak RM5,000 selain buku motivasi.

“Alhamdulillah, saya sempat umumkan pertemuan ini di Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-I dan ternyata ramai yang mahu menyelitkan sumbangan buat Rizuam.

“Apa yang paling membuat saya terkesima bila melihatnya datang dalam keadaan kaki terhincut-hincut akibat kemalangan terlanggar kerbau selepas balik kerja pada waktu malam. Allahu Akbar betapa gigihnya dia bekerja mencari rezeki,” jelas Bonda Nor lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI