KOTA TINGGI – Polis menafikan satu mesej yang tular di media sosial WhatsApp mendakwa seorang lelaki menembak mati isterinya dalam kejadian yang berlaku di Taman Sri Saujana di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden tembak sebaliknya hanya menerima laporan berkaitan orang hilang yang melibatkan seorang wanita.
Katanya, dakwaan bunuh yang ditularkan juga belum dapat dipastikan kerana isteri lelaki berkenaan belum ditemui sama ada sudah meninggal dunia atau sebaliknya.
“Siapa bunuh, sebab bunuh belum dapat dirungkaikan faktanya. Setakat ini laporan hanya melibatkan isteri lelaki berkenaan yang keluar rumah di mana maklumat diperolehi daripada orang awam yang dijadikan maklumat pertama pihak polis.
“Susulan laporan itu juga polis turut berjaya merampas dua laras senjata api senapang patah serta sejumlah peluru tanpa lesen daripada suami kepada wanita berkenaan,”katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.-K! ONLINE