fbpx

PKPD Perumahan Townvilla dan blok Flat Sibujaya tamat Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perumahan Townvilla dan sebahagian besar blok Flat Sibujaya, Sibu, Sarawak pada 4 Mac 2021 seperti yang dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bagaimanapun mengecualikan penamatan PKPD di blok C, H, J, K, L, N dan R Flat Sibujaya yang dilanjutkan bermula 5 sehingga 11 Mac 2021.

“Keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes di Perumahan Townvilla dan sebahagian besar blok Flat Sibujaya menunjukkan trend penurunan.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan saringan terhadap 6,818 penduduk dan daripada jumlah itu, sebanyak 277 kes positif Covid-19 telah direkodkan melibatkan kedua-dua lokaliti ini,” katanya ketika sidang khas hari ini.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, seramai 400 individu telah ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP), dan daripada jumlah itu, 352 telah dikompaun manakala 48 individu direman.

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk, gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (106), aktiviti pusat hiburan (102), tidak memakai pelitup muka (92), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (35), tiada penjarakan fizikal (34) dan lain-lain (31).

“Ops Benteng semalam juga telah berjaya menahan lapan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas lima buah kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI