fbpx

Perbanyakkan rumah kekal mangsa banjir -YDPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan meninjau tapak pembinaan rumah pasca banjir di Kampung Lompat di Temerloh hari ini.

SALEHUDN MAT RASAD

TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta pihak korporat, swasta dan individu persendirian tampil membantu kerajaan membina lebih banyak rumah kekal kepada mangsa-mangsa banjir di sepanjang Sungai Pahang.

Baginda bertitah sumbangan pihak berkenaan amat signifikan dalam membantu kerajaan membina lebih banyak rumah kepada keluarga yang sering mengalami banjir.

“Saya sangat berharap rakyat dapat tinggal di rumah yang lebih selesa. Oleh itu pembinaan rumah seperti ini perlu diperbanyakkan melalui sokongan swasta dan korporat sebagai satu tanggungjawab sosial korporat.

“Bantuan rumah seperti ini bukan sahaja meringankan beban kewangan keluarga tetapi juga (meredakan tekanan) perasaan mereka daripada musibah banjir,”katanya pada majlis pecah tanah rumah kekal banjir milik Ramlah Hitam 81, di Kampung Lompat di sini hari ini.

Hari ini baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan meninjau tapak pembinaan rumah pasca banjir di daerah Temerloh membabitkan Kampung Lompat, Kampung Sungai Dingin dan Kampung Pengkalan Manggis.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin.

Sementara itu baginda bertitah, semua kerja-kerja membina rumah berkenaan perlu dilakukan mengikut spesifikasi ditetapkan dan disiapka mengikut jadual. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI