fbpx

Penguat kuasa KPDNHEP mohon keutamaan suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kanan) selesai menjalani suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Berang di Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memohon agar 2,300 anggota penguat kuasanya di seluruh negara diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya merasakan anggota pengguat kuasa kementerian itu layak dikategorikan sebagai barisan hadapan kerana sering turun ke lapangan untuk melakukan pemantauan harga barangan.

“Anggota penguat kuasa KPDNHEP amat terdedah dengan risiko jangkitan Covid-19 kerana sentiasa turun ke lapangan untuk jalankan pemantauan harga barangan serta tugasan berkaitan lain.

“Justeru itu, kementerian telah menghantar surat (permohonan) kepada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) untuk menyenaraikan anggota penguat kuasa KPDNHEP sebagai petugas barisan hadapan yang layak terima vaksin pada fasa pertama ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Berang di sini hari ini.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berharap permohonan tersebut mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Mosti.

Jelas beliau, buat masa ini, semua anggota penguat kuasa KPDNHEP perlu giliran masing-masing untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 berkenaan seperti orang awam lain. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI