fbpx

Pengarah syarikat didakwa tipu peguam wanita wang pelaburan RM9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menipu seorang peguam wanita melibatkan wang pelaburan sebanyak RM9 juta, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, 52, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu mangsa, 56, dengan memperdayakan mangsa bahawa wang pelaburan RM9 juta yang diserahkan akan digunakan untuk tujuan perniagaan perlombongan, restoran dan projek pembangunan Medini Squre.

Justeru tertuduh didakwa dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang itu, di mana wanita itu tidak akan menyerahkannya sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur antara 31 Mac hingga 2 Jun 2014.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Khairiyah Samsudin mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM500,000.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Datuk V.Manokaran merayu mahkamah memberikan ikat jamin yang rendah dengan alasan agar anak guamnya telah diistiharkan muflis.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim Kamarudin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM75,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan.

Tarikh 4 Mei ini ditetapkan sebutan semula kes. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI