fbpx

Operasi pemadaman tamat selepas 96 jam ‘bertarung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan kebakaran di ladang sawit di Kampung Bukit Durian, Serkam di sini sejak Jumaat lalu.

MELAKA – Selepas 96 jam ‘bertarung’, pasukan bomba akhirnya mampu menarik nafas lega apabila operasi pemadaman kebakaran di ladang sawit di Kampung Bukit Durian, Serkam di sini sejak Jumaat lalu itu, berakhir petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi negeri, Penguasa Bomba ll Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata, kerja-kerja pemadaman yang dibuat bermula pukul 4.59 petang Jumaat lalu itu akhirnya tamat pada pukul 6.39 petang tadi.

Katanya, kerja-kerja akhir pemadaman dilakukan sepasukan sembilan anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau.

“Operasi pemadaman kebakaran meliputi keluasan kawasan kira-kira 20 hektar kerana tanah di lokasi ini adalah jenis gambut yang menyimpan haba atau api di bahagian dalam.

“Jadi, perimeter kerja-kerja pemadaman turut diluaskan daripada 16 hektar kepada 22 hektar bagi memastikan kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya dan kawasan itu selamat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, selain faktor jenis tanah, operasi itu mengambil masa panjang disebabkan cuaca panas dan angin kuat yang menyebabkan pasukan berdepan kesukaran untuk mengawal kebakaran.

Kosmo! pada Sabtu lalu melaporkan, seramai 36 anggota termasuk enam pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri bertungkus-lumus lebih 24 jam mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan seluas 24 hektar, di Kampung Bukit Durian di sini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI