fbpx

Nahas empat kenderaan, trafik sesak enam kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan empat buah kenderaan di kilometer 277. 3, Lebuh raya Utara-Selatan (arah Utara) sehingga menyebabkan trafik sesak sejauh lebih enam kilometer, pagi tadi.

SEREMBAN – Gara-gara sebuah kereta hilang kawalan lalu berpusing di lorong paling kanan, trafik di kilometer 277. 3, Lebuh raya Utara-Selatan (arah Utara) sesak sejauh lebih enam kilometer, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.48 pagi itu, rata-rata pengguna jalan raya yang menggunakan laluan berkenaan untuk bekerja dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dari Seremban ke Nilai.

Menurut Jurucakap Polis, kemalangan berkenaan membabitkan empat buah kenderaan iaitu dua buah kereta jenis toyota vios berwarna ‘gold’ dan kelabu, Perodua Myvi dan Axia.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu kereta Toyota vios berwarna ‘gold’ hilang kawalan dan berpusing di lorong paling kanan.

“Dalam masa yang sama, datang tiga buah kenderaan juga di lorong yang sama tidak sempat mengelak dan berlaku perlanggaran,” katanya, di sini, tadi.

Jurucakap polis berkata, pemandu kereta Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan dan telah di bawa oleh pasukan paramedik ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

Menurutnya, susulan kemalangan berkenaan, trafik sesak sejauh lebih enam kilometer dan laluan kembali lancar pada pukul 9.30 pagi.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI