fbpx

Lima peluru pemburu haram pada tubuh Awang Rasau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan melakukan pembedahan mengeluarkan peluru yang berada pada tubuh SAwang Rasau di NWRC Sungkai.

IPOH – Keadaan harimau belang digelar Awang Rasau yang ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di ladang kelapa sawit Felda Kerteh 3, Dungun, Terengganu minggu lalu masih belum pulih akibat kecederaan kesan tembakan pada kaki belakangnya dipercayai oleh pemburu haram.

Harimau jantan seberat lebih 160 kilogram (kg) itu masih dirawat setelah dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai pada 22 Februari lalu untuk rawatan susulan.

Awang Rasau dikatakan harimau yang membaham 35 ekor lembu penduduk kampung di Felda Kerteh 3 dan Kerteh 4.

Jabatan Perhilitan dalam satu kenyataan memberitahu, melalui keputusan imbasan X-ray yang telah dijalankan mendapati, lima kesan butir peluru dijumpai pada tubuh haiwan itu dan bukannya tiga butir peluru seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut kenyataan tersebut, sebutir peluru telah berjaya dikeluarkan manakala pembedahan untuk mengeluarkan baki peluru yang lain akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Berdasarkan pemeriksaan baki peluru yang tertinggal berada agak dalam pada badan Awang Rasau. Perhilitan akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Awang Rasau.

“Oleh itu, sama-sama kita berdoa agar Awang Rasau kembali pulih seperti sediakala dan boleh dilepaskan semula ke habitat asalnya,” ujarnya.

Kosmo! pada 23 Februari lalu melaporkan, kerisauan lebih 300 peneroka di Felda Kerteh 3 dan 4, Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu berakhir selepas seekor harimau belang yang membaham 35 ekor lembu ternakan penduduk akhirnya ditangkap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI