fbpx

Lelaki rakam video punggung wanita dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merakam video punggung wanita di sebuah pasar raya di Sungai Petani pada Ahad lalu.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan selepas disyaki merakam video punggung wanita di sebuah pasar raya di sini pada Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, perbuatan suspek disedari sepasang suami isteri yang bertindak menahan dan merampas telefon bimbitnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, pengadu yang merupakan seorang wanita menyedari seorang lelaki sedang memerhatikan gerak-gerinya sebelum dilihat seperti merakamkan gambar ke arah mangsa.

“Pengadu bersama suami kemudian memerhatikan dari jauh dan mendapati suspek ada merakamkan gambar punggung beberapa pelanggan wanita lain.

“Dia juga ternampak suspek menyelak kain seorang wanita menggunakan kakinya, sebelum dia pergi kepada lelaki itu dan merampas telefon bimbitnya,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pengadu melihat beberapa video yang telah dirakam dan bertanya sama ada dia merakam gambarnya sebelum suspek mengakuinya tetapi video tersebut telah dipadamkan.

“Pengadu telah memberitahu perkara itu kepada pengurusan pasar raya dan menghubungi polis,” ujarnya.

Tambahnya, suspek yang merupakan pekerja pendawaian direman selama empat hari bermula Ahad lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI