fbpx

Lelaki gagal larikan Proton Satria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki yang ditahan kerana melarikan sebuah kereta di Kampung Penarak, Langkawi pada semalam.

LANGKAWI – Cubaan seorang lelaki disyaki penagih dadah melarikan sebuah kereta jenis Proton Satria gagal apabila dia ditahan polis dalam kejadian di Kampung Penarak di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, suspek berusia 56 tahun bertindak melarikan kereta yang diletakkan di tepi sebuah rumah di kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian berlaku ketika pemilik kereta berusia 26 tahun sedang memanaskan enjin kereta tersebut sebelum dia masuk sebentar ke dalam rumah untuk mengambil barang.

“Lelaki itu kemudian mendapati keretanya dilarikan sebelum bertindak mengejar suspek sehingga persimpangan lampu isyarat Jalan Ayer Hangat dan terserempak dengan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik.

“Anggota berkenaan kemudiannya mengejar suspek sehingga persimpangan lampu isyarat Bukit Malut. Berlaku sedikit pergelutan sebelum suspek ditahan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan menemui satu peket lut sinar berisi dadah jenis syabu dengan berat anggaran 0.5 gram di dalam poket seluar sebelah kanan suspek.

“Suspek yang positif dadah jenis methamphetamine direman bermula hari ini hingga 5 Mac untuk membantu siasatan,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI