fbpx

KAKIB teroka perniagaan farmasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai yang berbelanja di CoopFarmasi KAKIB ditawarkan potongan harga 10 peratus.

IPOH – Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Perak Bhd. (KAKIB) melebarkan sayap perniagaan menerusi pembukaan cawangan farmasi pertamanya, CoopFarmasi di Jalan Raja Musa Aziz di
sini yang beroperasi sejak Januari lalu.

Lokasinya strategik terletak bersebelahan Klinik Kesihatan Greentown dan hanya 500 meter dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

CoopFarmasi KAKIB antara tujuh rangkaian farmasi koperasi di bawah Program Pembangunan Koperasi Angkatan Koperasi Kebangsaan melalui projek Pharma Wellness.

Pengerusi KAKIB, Khairul Anuar Mohd. Noh berkata, sesuai dengan objektif untuk meningkatkan paras ekonomi dan sosial ahli, KAKIB memilih untuk membuka sebuah farmasi di tengah bandar.

“Sebelum ini, KAKIB telah mengoperasikan perniagaan Ar-Rahnu (pajak gadai patuh syariah), agensi pelancongan serta umrah, jadi kita mengorak langkah untuk menceburi bidang farmasi pula.

“CoopFarmasi KAKIB menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus kepada ahli selain turut memberi ganjaran balik pembelian sebanyak dua peratus.

“Ini juga antara usaha yang kami mainkan bagi meringankan perbelanjaan membeli keperluan farmasi kepada masyarakat dalam situasi sukar ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita
baru-baru ini.

PREMIS ini dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

KAKIB yang ditubuhkan semasa era kolonial pada tahun 1923 merupakan koperasi kedua tertua di Malaysia dan ketika ini, pertubuhan tersebut memiliki seramai 6,679 ahli dan aset bernilai RM97 juta.

Selain mewujudkan sistem pembelian secara dalam talian, CoopFarmasi KAKIB juga menyediakan kemudahan penghantaran secara percuma dan khidmat pemeriksaan kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI