fbpx

‘Hidup pun makan apa yang ada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FADEL (kiri) menziarahi Norhadiah (dua dari kiri) bersama dua anak lelakinya yang juga OKU di Simpang Renggam, Kluang semalam.

KLUANG – Seorang wanita warga emas hidup serba kedaifan bersama kakak dan dua anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam di sebuah rumah usang di Kampung Sri Paya, Simpang Renggam di sini.

Meskipun kudrat Norha­diah Arjan, 70, tidak kuat, namun kasih seorang ibu tidak ber­belah bahagi menjaga dua anaknya, Md. Husaini Yunos, 41, dan Norhisham Yunos, 45, serta kakaknya, Noorbayah, 75, yang sedikit agresif seorang diri di kediaman itu.

Mereka berempat tinggal di rumah pusaka usang yang menanti masa untuk roboh ekoran tiang serta dinding sudah reput.

“Kami berempat hidup dalam rumah ini sudah lebih 30 tahun, hidup pun makan mana yang ada, alhamdulillah ada duit sikit hasil jual kelapa sawit, kebun sendiri bolehlah dalam RM200 hingga RM300 sebulan.

“Duit ini buat belanja beli barang dapur, ada juga orang kampung datang hulur bantuan sedikit sebanyak boleh tampung hidup,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, dia tidak tahu bagaimana untuk memohon bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mahupun Baitulmal.

“Bil air dan api ini pun dibayarkan oleh Felcra dan setiap bulan bilnya diserahkan kepada orangnya yang akan datang ke rumah,” katanya.

Katanya, dia mempunyai seorang anak lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori dan sudah berkahwin serta mempunyai anak di Gelang Patah dekat sini.

“Sesekali anak balik tetapi dia pun ada keluarga,” kata­nya.

Sementara itu, Pengerusi Ekonomi Golongan B40 Johor, Datuk Mohd. Fadel Alwi akan berhubung dengan pihak JKM dan Baitulmal untuk membuat permohonan yang sesuai.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI