fbpx

Guna duit i-Sinar bayar ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazmi (kanan) dan Muhammad Ezry terpaksa meminjam daripada ah long selepas kehilangan mata pencarian sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada Mac tahun lalu.

BATU PAHAT – Dua peniaga Orang Asli dari Desa Sri Banang, Minyak Beku di sini kini hidup dalam ketakutan selepas diburu sindiket pemberi wang tanpa lesen atau ah long.

Norazmi Lam, 45, dan rakannya, Muhammad Ezry Abdullah, 23, sebelum ini pernah membuat pinjaman sebanyak RM5,000 da­ripada ah long selepas kehilang­an mata pencarian ekoran pandemik Covid-19 pada tahun lalu.

Norazmi berkata, dia terpaksa meminjam daripada dua ah long kerana tidak mempunyai wang selepas perniagaan barangan terpakai yang diusahakan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Katanya, dia juga buntu apabila kadar bunga yang dikenakan oleh sindiket itu semakin naik selepas dia tidak mampu membayar RM40 setiap hari seperti dalam perjanjian.

“Asalnya kami berniaga di Jalan Idrus selama 12 tahun dan pendapatan kami juga memuaskan. Bagaimanapun, kami diminta berpindah ke Jalan Omar ketika Covid-19 ini menyebabkan hasil kami merosot.

“Oleh kerana perniagaan di lokasi baru tidak mendapat sambutan, saya terpaksa me­­minjam daripada ah long. Saya juga jual Toyota Avanza dan Proton Wira bagi menampung kos,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Norazmi berkata, fikirannya semakin kusut memikirkan kehidupan keluarganya termasuk lima anak yang kini bersekolah menengah.

Katanya, dia juga terpaksa menggunakan duit i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain menggadai barang kemas milik isteri untuk membayar hutang.

“Memang saya terdesak, saya cuma minta pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) memberi kebenaran berniaga di tapak kosong berhampiran Pasar Awam Batu Pahat ini untuk meneruskan hidup kerana lokasinya lebih strategik,” katanya.

Rakannya, Muhammad Ezry berkata, dia turut buntu apabila tidak mampu membayar seba­nyak RM35 sehari kepada ah long kerana perniagaan barangan terpakai yang diusahakan di Jalan Omar tidak mendapat sambutan.

“Saya meminjam sebanyak RM2,000 daripada ah long dan sudah membayar sebanyak 60 kali kepada mereka. Saya dikehendaki membayar sebanyak RM35 sehari tetapi saya hanya mampu bayar RM50 seminggu sekali.

“Saya tak pasti berapa jumlah hutang yang sepatutnya dibayar kepada ah long kerana saya sudah tidak mampu membayar­nya,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI