fbpx

Gesa pihak berkuasa siasat anjing jalanan mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Law Euo Nan (kanan) bersama Chong Kwai Siew (kiri) menunjukkan imbasan x-ray seekor anjing yang ditembak pada sidang akhbar di bangunan MCA Perak, Ipoh hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Pihak berkuasa digesa menyiasat aduan berhubung kejadian anjing jalanan mati ditembak di RPT Lim Tan, Tanjung Rambutan dekat sini yang menimbulkan kemarahan pencinta haiwan setempat.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, seekor anjing jalanan mati ditembak pihak tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan pistol angin berdasarkan penemuan anak peluru pada tubuh haiwan tersebut.

Pengadu, Chong Kwai Siew berkata, semasa kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, dia berada di dalam kedai jahitnya sebelum terdengar bunyi tembakan.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia melihat anjing jalanan tersebut berlari ke arahnya dalam keadaan berlumuran darah dan terlihat kesan tembakan pada perut.

“Anjing jalanan ini bukan haiwan peliharaan saya tetapi berkeliaran di lorong belakang kedai dan saya sering memberinya makan.

“Haiwan ini juga jinak, jadi saya merasa sangat terperanjat apabila melihat keadaannya sedemikian.

“Apa salah anjing ini sehingga ditembak mati?” soalnya pada sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA negeri Perak di sini hari ini.

Susulan kejadian tersebut, Kwai Siew telah membuat satu laporan di Balai Polis Tanjung Rambutan pada hari yang sama.

Difahamkan, ini merupakan kejadian kedua kerana pada Disember lalu seekor anjing jalanan di kawasan tersebut juga mati ditembak menggunakan pistol angin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI