fbpx

Empat negeri PKP, jadi PKPB bermula 5 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan membuat keputusan kesemua empat negeri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 5 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, manakala Kedah, Kelantan, Perak ditukarkan kepada PKPB.

“Sementara itu, bagi negeri Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan ditukarkan daripada PKPB kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sementara di Perlis kekal sebagai negeri PKPP,” katanya dalam sidang khas hari ini.

Pelaksanaan ini berkuatkuasa 5 Mac hingga 18 Mac kecuali Sarawak iaitu daripada 2 Mac sehingga 15 Mac depan.

Selain daripada itu, sidang khas juga bersetuju membenarkan pergerakan rentas daerah di semua negeri kecuali Sabah.

Sementara rentas negeri masih belum dibenarkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI