LONDON – Pengurus dana lindung nilai, Christopher Hohn mencatat rekod di Britain tahun lalu apabila menjadi penerima gaji tahunan terbesar selepas beliau membayar gaji untuk diri sendiri berjumlah hampir setengah bilion dolar AS, demikian menurut dokumen yang dikemukakan kelmarin.
Jutawan tersebut yang juga merupakan pemilik syarikat Children’s Invesment(TCI), membayar gaji AS$479 juta (RM1.94 bilion) ke dalam syarikat peribadinya, TCI Fund Management.
Jumlah gaji yang dibayar dalam bentuk dividen bagi tahun fiskal berakhir Mac ini adalah tertinggi pernah dibayar kepada individu di Britain, lapor akhbar The Guardian.
Angka tersebut adalah 9,000 kali ganda lebih tinggi daripada purata gaji tahunan di Britain.
Hohn memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Denise Coates yang merupakan pengasas laman web pertaruhan online dikenali sebagai Bet365.
Beliau menerima AS$448 (RM1.82 bilion) bagi gaji dan dividen pada 2018. – AFP