JAKARTA – Jawa Tengah mengalami masalah kekurangan bekalan bawang putih sejak April tahun, lapor portal Suara.com.
Menurut Rekod Perkhidmatan Keselamatan Makanan (Dishanpan) Provinsi Jawa Tengah, bekalan bawang putih bahkan tidak mencukupi di kawasan tersebut ketika ini.
“Memang kita mengalami kekurangan bawang putih sejak April tahun lalu ketika musim menuai. Ia terus tidak mencukupi,” kata Ketua Dishanpan Jawa Tengah, Agus Wariyanto.
Menurut statistik permintaan di Jawa Tengah tahun lalu, rakyat di kawasan itu menggunakan 64,000 kilogram (kg) bawang putih namun hanya 31,000kg mampu dibekalkan kepada pengguna.
Agus berkata, masalah tersebut perlu diatasi segara kerana jika tidak, ia bekal menyebabkan impak terhadap ekonomi penduduk.
Ketika ini, harga runcit bagi bawang putih mencecah 30,000 rupiah (RM8.50) sekilogram.
“Masalah ini harus diatasi segera kerana bulan puasa dan lebaran hampir tiba. Kita perlukan suatu dasar dari pusat. Adakah mahu import atau wujudkan dasar lain,” katanya. – Agensi