fbpx

Bawa periuk nasi ke restoran gara-gara hendak berjimat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
eorang wanita dirakam membawa periuk nasi sendiri ketika makan di sebuah restoran di Indonesia. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia tular di media sosial apabila dia dirakam membawa periuk nasi sendiri ketika datang makan di sebuah restoran di Jakarta baru-baru ini.

Rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok itu memaparkan wanita tersebut secara bersahaja membawa periuk nasi ketika masuk ke dalam restoran, lapor Suara.com kelmarin.

Tidak lama selepas itu, dia memesan lauk pauk kepada pelayan restoran dan tidak memasukkan nasi dalam pesanan tersebut.

Apabila lauk yang dipesan tiba di meja, wanita itu membuka periuk nasi dan menyenduk nasi yang sudah siap dimasak ke dalam pinggannya.

Tindakan wanita itu membawa nasi yang siap dimasak di rumah dipercayai untuk berjimat apabila makan di luar.

“Kenapa saya pula yang berasa malu melihat aksi ini,” komen seorang netizen berhubung video itu.

“Kasihan ibu anda di rumah tercari-cari di mana periuk nasi­nya,” tulis seorang lagi netizen.

Rakaman video tersebut mencatat lebih satu juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dimuat naik di platform TikTok. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI