fbpx

Tiada drama murid menangis, sesi persekolahan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengawal keselamatan mengambil suhu badan murid Tahun Satu, Nor Syumaiyah Isma sambil diiringi bapanya, Norazar Abdullah pada hari pertama persekolahan di SKJP, Ipoh pagi tadi.

IPOH – Tiada drama tangisan dan adegan tarik-menarik tangan ibu bapa sepertimana lazimnya apabila buka sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2021 di Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh (SKJP) di sini.

Sebaliknya kehadiran murid-murid berjalan lancar dan tenang mengikut norma baharu sebaik pintu pagar sekolah dibuka seawal pukul 6.50 pagi tadi.

Seramai 330 murid memulakan sesi persekolahan hari ini yang terdiri daripada 142 murid Tahun Satu dan bakinya Tahun Dua termasuk prasekolah.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKJP, Juita Mohd. Rodzi berkata, waktu ketibaan murid-murid juga adalah secara berperingkat-peringkat bermula pukul 7 pagi hingga 8.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan.

Menurut beliau, perkongsian maklumat berhubung pembukaan sesi persekolahan menerusi aplikasi Telegram sekolah juga membolehkan ibu bapa membuat persediaan sewajarnya.

“Kita sedia maklum sesi persekolahan mengikut norma baharu ini berbeza berbanding sebelumnya selain mengurangkan sentuhan.

“Selain guru-guru, seramai lima wakil PIBG turut hadir bagi membantu pihak sekolah memastikan ketibaan murid-murid berjalan lancar,” ujarnya.

Sementara itu, bapa murid, Norazar Abdullah, 37, berpuas hati dengan persiapan pihak sekolah bagi memastikan hari pertama sesi persekolahan berjalan lancar dan teratur.

Katanya, walaupun negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 tetapi baginya sesi persekolahan secara bersemuka merupakan kaedah yang terbaik apabila murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dengan teratur.

Ia sama sekali berbeza dengan pembelajaran secara atas talian khususnya bagi ibu bapa bekerja sepertinya yang mempunyai kekangan masa.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI