fbpx

TFC sudah tidak sabar mulakan kempen Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC memperkenalkan jersi berwarna putih dan merah hati yang akan digunakan skuad Penyu pada saingan Liga M musim ini.

TERENGGANU FC (TFC) optimis mampu meraih kedudukan lebih baik pada saingan Liga Super selain mencipta kejutan di pentas Piala AFC yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

Ahli Lembaga TFC Sdn. Bhd., Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada pemilihan rapi yang telah dibuat terhadap barisan pemain import dan tempatan bagi menyarung jersi skuad Penyu pada musim ini.

“TFC sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan Liga Super bertemu UiTM FC pada 6 Mac ini.

“Ketua jurulatih (Mohd. Nafuzi Zain) dan pegawai teknikal telah memilih dengan teliti lima tonggak import dan tempatan yang diyakini sesuai dengan corak permainan,” katanya sewaktu melancarkan jersi TFC musim 2021 secara online kelmarin.

Beliau mewakili Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terenggganu (PBSNT), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memperkenalkan jersi berwarna putih dan merah hati yang akan digunakan untuk saingan Liga Malaysia 2021.

Wan Sukairi berkata, TFC juga telah menambah baik kualiti barisan kejurulatihan dengan melantik Tengku Hazman Raja Hassan sebagai pembantu Nafuzi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu berkata, Tengku Hazman bukan asing kepada TFC kerana membantu TFC II merangkul Piala Cabaran pada musim 2018.

“Dalam pada itu, RedOne Sdn. Bhd. dan Al-Ikhsan Sports terus kekal sebagai penaja utama TFC musim ini,” katanya.Pada musim lalu. TFC berjaya menamatkan Liga Super di tangga ketiga selain mara ke suku akhir Piala Malaysia sebelum kejohanan itu dibatalkan ekoran penularan pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI