SHAH ALAM – Polis sedia membantu mengesan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, yang dikenakan waran tangkap Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Kita sedia bantu,” katanya ringkas di sini hari ini.
Kosmo! hari ini melaporkan JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara pukul 9 malam semalam.
Bagaimanapun, dalam serbuan itu tidak menemui usahawan kontroversi tersebut yang dipercayai telah melarikan diri. -K!ONLINE