fbpx

Perebutan gelaran kembali terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI terus mempamerkan magisnya bersama Barcelona apabila meledak satu gol menewaskan Sevilla 2-0 pada aksi La Liga awal pagi semalam.

SEVILLE, Sepanyol – Tonggak pertahanan Barcelona, Gerard Pique menegaskan, perebutan kejuaraan La Liga musim ini masih belum tertutup selepas berjaya menewaskan Sevilla 2-0 di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan awal pagi semalam.

Kemenangan itu melonjakkan The Catalan ke tangga kedua dan kini cuma ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid yang masih memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Justeru, Pique, 34, berharap kejayaan itu menjadi titik kebangkitan Barcelona yang kini berjaya merekodkan dua kemena­ngan berturut-turut dalam tempoh tiga hari selepas menewaskan Elche 3-0 di Stadium Camp Nou pada 25 Februari lalu.

“Anda pernah melihat situasi yang lebih buruk terjadi dalam pasukan ini. Sekarang perebutan gelaran liga kembali terbuka buat kami.

“Ia tidak bermakna kami sudah kembali ke tahap terbaik tetapi saya tetap menaruh kepercayaan tinggi terhadap pasukan ini.

“Bukan sahaja saingan La Liga, malah kami juga masih bersaing di peringkat separuh akhir Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara. Saya percaya kami mampu memenangi sesuatu musim ini,” katanya.

Dua gol Barcelona ke atas Sevilla awal pagi semalam dijaringkan oleh Ousmane Dembele dan Lionel Messi pada minit ke-29 serta 85.

Kemenangan itu me­lonjakkan semangat para pemain Barcelona yang dijadualkan bertemu Sevilla sekali lagi untuk aksi timbal balik separuh akhir Piala Raja Sepa­nyol di laman sendiri pada 4 Mac ini selepas tewas 0-2 sewaktu perlawanan pertama 11 Februari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI