fbpx

Perbincangan pembukaan sempadan perlu ambil kira faktor vaksinasi – Hasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni menandatangani surat persetujuan untuk menerima suntikan vaksin imunisasi Covid-19.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan mencadangkan agar perbincangan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura dibuat dengan mengambil kira faktor pelaksanaan program suntikan vaksin yang telah dimulakan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, cadangan itu akan dikemukakan pihaknya kepada kerajaan pusat untuk penilaian.

Menurutnya, langkah ini dilihat relevan kerana suntikan vaksin fasa pertama di negara ini melibatkan vaksin sama yang diguna pakai di Singapura, iaitu Pfizer-BioNTech.

“Individu yang menerima suntikan vaksin imunisasi Covid-19 akan diberikan sijil yang merekodkan penerimaan suntikan bagi dos pertama dan kedua.

“Proses ini adalah proses sama yang turut dilakukan kerajaan Singapura, iaitu menggunapakai vaksin sama serta turut diberikan sijil penerimaan.

“Perlu ada ‘benefit’ terhadap pelaksanaan program suntikan ini dalam usaha menjadikan ia sebagai satu lagi norma baharu,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan sebelum diberikan suntikan di Dewan Muafakat Johor, Taman Adda, di sini hari ini.

Hasni mendahului senarai penerima suntikan vaksin bagi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Peringkat Negeri Johor yang bermula hari ini.

Tambah beliau, pihaknya berharap kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas sasaran seramai lebih 80 peratus rakyat negara ini menerima vaksinasi tercapai.

Katanya, antara isu yang perlu dipertimbang semula termasuklah pembukaan sempadan antarabangsa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI