fbpx

Penunggang motosikal maut rempuh dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang ditunggang Mohd. Ridzuan yang terlibat dalam kemalangan di KM 84.3 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Simpang Renggam, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 84.3 Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam, Simpang Renggam di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 5.50 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd. Ridzuan Abdullah, 43, maut serta-merta di lokasi kejadian.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam mengatakan satu kemalangan telah berlaku dua kereta dan sebuah motosikal.

“Hasil siasatan awal mendapati, jenis kereta pacuan empat roda dari arah Machap menghala ke Simpang Renggam manakala motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sampai di tempat kejadian, pacuan empat roda itu membelok ke kanan untuk masuk ke sebuah kilang dan bertembung motosikal mangsa lalu melanggar Proton Ixora yang berada di tepi jalan .

“Penunggang meninggal dunia di tempat kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

“Polis menahan pemandu pacuan empat roda dikenali sebagai Tan Hung Yee, 31, dan hasil ujian urin mendapati negatif penyalahgunaan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, kejadian itu tular di media sosial termasuk video kemalangan yang berjaya dirakam dari Proton Ixora berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI