fbpx

Pendaftaran PICK akan meningkat selepas 5 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan menjangkakan pendaftaran bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan meningkat selepas 5 Mac ini selaras dengan pengenalan beberapa saluran pendaftaran lain selain MySejahtera.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran PICK menerusi talian hotline akan dibuka kepada orang awam mulai 5 Mac ini.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, buat masa ini juga, pendaftaran menerusi kaunter di hospital dan klinik kerajaan juga sedang berlangsung.

“Saya berpandangan bahawa pendaftaran bagi PICK masih lagi rendah buat masa ini dan usaha perlu dilakukan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat mendaftar.

“Kerajaan tidak menetapkan apa-apa sasaran bagi pendaftaran setakat ini cuma saya berpendapat ia masih lagi rendah,” katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba selepas mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, sebanyak 1,468,137 orang sudah berdaftar bagi mendapatkan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera setakat pukul 11 pagi tadi.

“Jumlah pendaftaran itu hanya membabitkan 6.1 peratus daripada sasaran 80 peratus imuniti kelompok ditetapkan kerajaan.

“Manakala, bilangan penerima vaksin pula sudah mencecah 17,064 orang setakat pukul 11 pagi ini.

“Lima daerah paling tinggi menerima vaksin setakat ini adalah Kuching (1,677 orang), Sibu (1,360 orang), Kinta (1,141 orang), Kuantan (1,075 orang) dan Mukah (822 orang),” katanya.

Katanya, tiga negeri paling tinggi menerima vaksin adalah Sarawak, Pahang dan Perak. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI