fbpx

Isu fitnah kuarantin, Muhyiddin dapat injuksi sementara halang Puad Zarkashi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mendapat injuksi sementara untuk menghalang anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi daripada membuat sebarang kenyataan mengenai catatan fitnah yang dibuat melalui laman sosial Facebook berhubung isu kuarantin  bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Muhyididin ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut peguam tersebut, injuksi itu diperoleh berikutan permohonan yang telah dibuat anak guamnya secara ex-parte (sebelah pihak) di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd. Firus Jaffril yang turut dihadiri peguam Datuk D.P. Naban dan Louis Liaw, yang turut  mewakili Muhyiddin.

“Writ saman difailkan pagi ini dengan sijil perakuan segera untuk mendengar notis permohonan bagi injunksi sementara. Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan injuksi sementara itu sementara menunggu perbicaraan inter-parte (antara pihak) yang ditetapkan pada 12 Mac ini,” katanya.

Dalam notis permohonan ex-parte difailkan bersama dengan writ saman hari ini, Muhyiddin memohon perintah injunksi bagi menghalang Mohd.Puad atau ejen, wakilnya atau sesiapa sahaja daripada menerbitkan, menyiarkan dan berkongsi  semula hantaran membabitkan kenyataan fitnah berhubung perkara itu menerusi akaun Facebook milik Mohd. Puad.

Muhyiddin memfailkan permohonan atas alasan penghantaran yang dibuat oleh Mohd Puad adalah palsu, memfitnah dan telah menyebabkan reputasi dan nama baik perdana menteri itu di Malaysia dan peringkat antarabangsa terjejas.

Terdahulu, Muhyiddin, 74, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnerahip dengan menamakan Mohd. Puad , 64, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Muhyiddin mendakwa pada 9 Februari lalu, Mohd. Puad telah menerbitkan suatu hantaran di laman Facebooknya di bawah nama “DrPuad Zarkashi” bertajuk ‘Kuarantin pun ada dua darjat?’.

Plaintif mendakwa hantaran itu boleh diakses oleh pengguna internet di seluruh dunia dan telah menerima lebih daripada 1,200 reaksi, 215 komen serta 182 perkongsian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI