fbpx

Hotel angkasa pertama akan dibina di orbit Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dibangunkan oleh Orbital Assembly Corporation (OAC), Voyager Station dapat beroperasi seawal 2027, dengan infrastruktur yang dibangunkan di orbit mengelilingi Bumi. - Voyager Station

LONDON – Kerja pembinaan hotel angkasa lepas pertama di dunia di orbit rendah Bumi akan bermula pada tahun 2025, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Hotel tersebut akan dilengkapi beberapa buah restauran, sebuah pawagam, spa dan bilik untuk 400 orang.

Ia akan menampilkan rangkaian pod yang dipasang di bahagian luar gegelang berputar dan sebilangan daripadanya boleh dijual kepada golongan seperti NASA dan ESA untuk penyelidikan ruang angkasa. – Voyager Station

Dibangunkan oleh Perbadanan Pemasangan Orbit (OAC) hotel dinamakan Voyager Station itu dijangka beroperasi seawal 2027.

Hotek itu berbentuk sebuah lingkaran besar dan berputar untuk menghasilkan graviti buatan yang berada pada tahap sama dengan graviti di permukaan Bulan.

Butiran mengenai kos untuk membina hotel tersebut atau bayaran penginapan yang dikenakan tidak didedahkan namun OAC menyatakan, kos pembinaan menjadi semakin murah terima kasih kepada kapal angkasa boleh guna semula seperti Falcon 9 milik SpaceX dan kapal angkasa masa depan, Starship. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI