PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati ingin memberi sumbangan 1,000 cermin mata untuk pelajar yang memerlukan di seluruh negara.
Ebit Lew melalui satu hantaran di Facebooknya berkata, kesemua cermin mata tersebut bernilai RM200,000 akan diagihkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
“Kita akan beri cermin mata ini mengikut sekolah yang terpilih.
“Guru atau wakil sekolah boleh hubungi atau WhatsApp 014-9255109. Semoga menjadi asbab kebaikan” katanya di Facebook hari ini. – K! ONLINE