fbpx

Anggota URB tumpaskan sindiket dadah RM22.46 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (dua dari kiri) pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan seorang lelaki warga Indonesia bersama sejumlah syabu bernilai RM22.46 juta Khamis lalu.

Pembongkaran sindiket berkenaan dibuat semasa tugasan rondaan oleh Koperal Muhammad Shahilmi Shahadan dan Koperal Simon Pasal Anak Kana dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah berdekatan sebuah kondominium di Juru Sentral, Bukit Mertajam dekat sini kira-kira pukul 2 pagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, kejadian itu disedari anggota berkenaan ketika melihat tiga suspek sedang memunggah dadah berkenaan dari lori ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda BRV.

Menurutnya, seorang suspek berusia 23 tahun berjaya ditahan, manakala dua lagi lelaki warga Indonesia yang sudah dikenal pasti identitinya sedang diburu selepas berjaya meloloskan diri.

“Ini adalah julung-julung kalinya pihak URB berjaya membuat tangkapan dadah.

“Ia juga antara tangkapan terbesar dalam tempoh lima tahun iaitu membabitkan dadah jenis syabu seberat 623.76 kilogram di dalam 601 bungkusan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut Razarudin, polis menemui dadah-dadah berkenaan yang disembunyikan pada ruangan rahsia di bahagian bawah lantai lori tiga tan tersebut.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, polis turut menaha empat lagi lelaki di Kulai dan Seri Alam, Johor serta Sungai Buloh, Selangor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI