fbpx

15,383 kanak-kanak mendaftar Tabika, Taska Kemas di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak Orang Asli dihantar oleh ibu masing-masing ke kelas Tabika Kemas di Kampung Kuala Betis, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Seramai 15,383 orang kanak-kanak telah mendaftar untuk mengikuti kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri ini tahun ini.

Pengarah Kemas negeri, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, jumlah itu melibatkan 758 kelas di 10 daerah negeri ini.

Katanya, bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) pula seramai 540 kanak-kanak turut mendaftar di 30 kelas.

“Sesi persekolahan secara bersemuka di semua Tabika dan Taska di negeri ini berjalan lancar hari ini.

“Hanya dua kelas sahaja terpaksa ditangguhkan dan akan dibuka pada minggu hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.

Hashim Alang berkata, sebanyak 21 kelas Tabika Orang Asli juga telah dibuka membabitkan 376 kanak-kanak Orang Asli di negeri ini.

Katanya, ibu bapa kanak-kanak Orang Asli memberi kerjasama baik apabila menghantar anak mereka ke kelas Tabika.

“Kami melihat ibu bapa Orang Asli juga semakin memahami dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta mengadaptasi norma baru yang dilaksanakan pihak kerajaan.

“Berbanding tahun lalu terdapat ibu bapa kanak-kanak Orang Asli belum bersedia menghantar anak mereka ke Tabika Kemas kerana bimbang dengan penularan wabak Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI