fbpx

131,281 murid di Johor mula ke sekolah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak Abdul Wahab (kiri) bersama isteri Susilawati Saharuddin (kanan) memimpin tiga anak kembarnya dua dari kiri Abdul Raqib, Abdul Raauf dan Abdul Rafik memasuki sekolah pada sesi pertama persekolahan 2021 dalam norma baharu di SK Melayu Pekan Nenas, Pontian, Johor hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 131,281 murid di negeri ini mula mendaftar masuk ke sekolah rendah yang dibuka pada hari ini, selepas ditutup berikutan pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, jumlah itu meliputi 21,358 murid prasekolah, 56,097 Tahun Satu dan 53,826 Tahun Dua.

Katanya, selain sekolah rendah, Kolej Vokasional juga dibuka hari ini dengan melibatkan seramai 4,855 pelajar.

“Bagi sesi persekolahan pada 8 Mac ini yang dibuka untuk Tahun Tiga hingga Tahun Enam, ia melibatkan seramai 218,782 murid-murid.

“Sementara itu, bagi sekolah menengah yang akan bermula pada 4 April depan, ia melibatkan seramai 290,811 pelajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sesi persekolahan secara bersemuka dibuka semula selepas ia ditutup di seluruh negara mulai 9 November tahun lalu.

Bagi memastikan sesi pembelajaran norma baharu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, Kementerian Pendidikan mengedarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula dan Model Pengawalan Keberadaan Murid di Pintu Pagar Sekolah untuk semua sekolah di seluruh negara.

Garis panduan itu mengandungi panduan pengurusan dalam pelbagai aspek merangkumi bermula murid sampai ke pintu pagar sekolah, ketika murid berada di sekolah dan SOP ketika pulang ke rumah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI