fbpx

Suzuki, Kaimbi taruhan utama PDRM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUZUKI (kiri) dan Kaimbi akan menjadi pemain sandaran utama PDRM FC untuk mengharungi saingan Liga Premier musim ini.

PASUKAN Polis DiRaja Malaysia (PDRM) FC optimis dapat tampil cemerlang pada kempen Liga Premier musim ini dengan mengharapkan sentuhan gol daripada dua pe­nyerang import utama, Bruno Suzuki dan Lazarus Kaimbi.

Pengendali baharu skuad The Cops, Mat Zan Mat Aris mengakui kedua-dua pemain itu bakal menjadi watak pen­ting pasukan dalam mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kata Mat Zan, pengalaman luas Suzuki dan Kaimbi yang telah berkelana dalam kancah Liga M lebih tiga tahun menjadi kriteria utama mengapa kedua-dua pemain ini dipilih menyertai pasukan kali ini.

“Bruno seperti mana kita ketahui sebelum ini pernah bermain dengan Terengganu FC serta Negeri Sembilan manakala Kaimbi juga pernah bersama Kelantan dan Pahang, jadi mereka sudah ada rekod tersendiri di sini.

“Jadi, saya melihat ini cukup penting kerana mereka sudah tahu asam garam permainan di sini dan tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri berbanding risiko kita mengambil pemain luar yang pertama kali datang ke sini.

“Saya harap mereka berdua mampu menjadi harapan kita dalam memburu jaringan buat pasukan selain dua tonggak import lain, Victor Kamhuka danAlexander Amposah yang bakal mengukuhkan pasukan dari posisi belakang” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Mat Zan enggan melabelkan pasukan PDRM antara pilihan untuk menjuarai saingan Liga Premier musim ini kerana lebih selesa dengan gelaran underdog.

“Saya rasa tiada apa yang mustahil untuk membawa PDRM dalam kelompok atasan tetapi saya tidak mahu memberi sebarang tekanan buat pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI