fbpx

Pingat Olimpik pelengkap karier Mirza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRZA sedia gantung raket jika berjaya raih pingat Olimpik. - AFP

NEW DELHI – Pemain tenis sensasi India, Sania Mirza meletakkan harapan tinggi untuk mengutip pingat pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Mirza yang kini berusia 34 tahun baru sahaja pulih daripada jangkitan pandemik Covid-19 dan terlepas bersaing dalam temasya kejohanan bertaraf Grand Slam pada Terbuka Australia di Melbourne baru-baru ini.

Kata Mirza, impiannya untuk meraih pingat pada temasya Sukan Olimpik tidak pernah padam dan kini bekerja keras dengan menjalani sesi latihan sekurang-kurangnya empat jam sehari bagi membolehkan hasrat itu tercapai.

“Jika saya dapat kekalkan kecergasan, mungkin peluang untuk saya meraih pingat pada Sukan Olimpik 2020 semakin cerah sekali gus menyaksikan kemunculan keempat dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

“Secara jujur, saya telah meraih pelbagai kejayaan sepanjang karier antarabangsa termasuk menjulang enam gelaran Grand Slam bagi ka­tegori beregu wanita dan campuran sebelum ini.

“Pingat Olimpik sahaja yang masih belum berjaya dimenangi. Tidak keterlaluan untuk saya katakan jika impian itu berjaya direalisasikan, saya boleh fokus untuk menggantung raket selepas ini,” kata Mirza.

Selepas berehat hampir setahun daripada sebarang aksi tenis antarabangsa, Mirza bakal membuat kemunculan semula pada Terbuka Doha dan Terbuka Dubai awal bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI