fbpx

Pemandu langgar tukang masak tampil mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU OKU datang ke rumah keluarga mangsa untuk memohon maaf semalam. -Foto Ihsan FB Chong Zhemin.

PETALING JAYA – Pemandu yang melanggar sebuah kedai makan sehingga seorang tukang masak maut dalam kejadian di Jalan Batu Sinar, Taman Bandar Baru, Kampar, Perak, Selasa lalu tampil memohon maaf pada keluarga mangsa.

Menerusi perkongsian di Facebook milik Chong Zhemin, lelaki yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) iaitu kudung bahagian kaki sebelah kanan itu tampil berbuat demikian semalam.

Menurutnya, keluarga mangsa sebelum ini sudah memaafkan lelaki tersebut, bagaimanapun dia ditetap datang menemui keluarga mangsa untuk meminta maaf.

“Walaupun keluarga mangsa dah maafkan, dia tetap rasa bersalah dengan melutut sebelah kaki.

“Rupa-rupanya dia jadi OKU pun sebab pernah jadi mangsa kemalangan dua tahun lalu,” katanya di Facebook semalam.

KEADAAN gerai yang dirempuh sebuah kereta di Jalan Batu Sinar di Taman Bandar Baru dekat Kampar hari ini hingga menyebabkan seorang tukang masak wanita maut.

 

Menurutnya Chong Zhemin, pemandu itu memberitahu, kemalangan tersebut berlaku ketika dia mahu masuk ke kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai mangsa tetapi terpijak pedal minyak.

“Saya memuji sikap pemandu ini berbanding pemandu mabuk yang takde rasa bersalah, moga ‘uncle’ dapat memaafkan dirinya suatu hari nanti,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan pemandu berkenaan, meskipun keluarga mangsa telah memaafkannya, tetapi dia masih mahu meminta maaf.

Kata netizen lagi, meskipun dia seorang OKU, tetapi sikap dan adabnya jauh lebih baik daripada manusia normal yang pentingkan diri sendiri.

Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan seorang tukang masak maut selepas dilanggar sebuah kereta yang merempuh masuk sebuah kedai makan di Jalan Batu Sinar di Taman Bandar Baru, Kampar.

Dalam kejadian sekitar pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Wong Kwai Yung, 59, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berusia 54 tahun itu terbabas masuk ke dalam kedai makan.

Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu mahu masuk ke tempat letak kereta di hadapan kedai namun terpijak pedal minyak hingga menyebabkan kenderaan itu bergerak dan merempuh dua wanita yang berada di hadapan premis.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI