fbpx

Liverpool terdesak tamat badi kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP (kanan) berdepan tugas berat untuk mengembalikan semula keyakinan para pemain Liverpool selepas mencatat empat kekalahan EPL berturut-turut. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus ­Liverpool, Jurgen Klopp enggan anak-anak buahnya memandang rendah kemampuan Sheffield United menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Bramall Lane awal pagi esok.

Dalam masa sama, Klopp turut melaungkan amaran kepada barisan pemainnya bahawa ia adalah misi wajib menang buat The Reds untuk kembali ke landasan kemenangan buat kali pertama selepas tewas empat perlawanan berturut-turut EPL sejak 4 Februari lalu.

“Sheffield mampu menghukum anda jika mengambil mudah keupayaan mereka. Ia telah terbukti menerusi persembahan meyakinkan mereka dalam 10 perlawanan terakhir.

“Saya harap pemain mengambil serius perlawanan ini kerana ia adalah peluang untuk kami kembali mencatat kemenangan dalam saingan EPL. Kali ini saya mahu pemain membawa pulang tiga mata,” katanya.

Liverpool dilihat terlalu handal buat Sheffield yang kini menghuni tangga tercorot EPL berdasarkan keputusan tiga perlawanan terakhir antara kedua-dua pasukan yang menyaksikan The Reds menang semua aksi tersebut.

Kemenangan ke atas ­Sheffield juga mampu mengurangkan tekanan dirasai Klopp yang me­nyaksikan skuad bimbingannya jatuh ke tangga keenam dan sekadar mencatat dua kemena­ngan dalam saingan EPL sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, Liverpool boleh menarik nafas lega apabila Diogo Jota dilaporkan sudah kembali menyertai sesi latihan selepas terpaksa dike­tepikan disebabkan kecederaan lutut dialami ketika menentang ­Wolverhampton Wanderers pada 6 ­Disember lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI