fbpx

Kerajaan teliti pembangunan Kompleks Maritim Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGKALAN Maritim Malaysia Kelantan yang masih menggunakan bangunan dan jeti sewaan di Tok Bali, Pasir Puteh.

PASIR PUTEH – Kerajaan sedang meneliti pembangunan sebuah kompleks pentadbiran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan di lokasi strategik di Tok Bali di sini.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, lokasi cadangan tapak seluas 10 hektar telah dikenalpasti setelah mengambil kira kedudukannya yang berhampiran kuala Tok Bali.

Menurutnya, pangkalan operasi Maritim Malaysia Kelantan kini menggunakan bangunan dan dermaga yang disewa di Tok Bali.

Katanya, sudah tiba masa Maritim Malaysia Kelantan memiliki pangkalan pentadbiran sendiri untuk memikul tanggungjawab menjaga kesejahteraan perairan negara.

“Saya yakin kerajaan negeri Kelantan akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya kepada Maritim Malaysia bagi membolehkan projek pembangunan membina kompleks pentadbiran itu dapat dilaksanakan dalam kadar yang segera.

“Maritim Malaysia Kelantan merupakan barisan hadapan yang memikul amanah negara mengawal keselamatan perairan yang bersempadan dengan Thailand dan Vietnam seharusnya diberi keutamaan dari aspek prasarana dan kelengkapan yang diperlukan,”katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Nik Muhammad Zawawi mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Seri Ismail Mohamed Said mendengar taklimat operasi, meninjau lokasi tapak yang dicadangkan untuk pembinaan kompleks Maritim Malaysia Kelantan dan pesisiran Terusan Semerak.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI