fbpx

Dua kanak-kanak lemas ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat salah seorang kanak-kanak yang ditemui lemas dalam Sungai Skudai berhampiran Kampung Batu 8, Skudai, Johor malam semalam.

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di Sungai Skudai berdekatan Kampung Batu 8, di sini ditemui mati lemas malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Mohd. Suhaimi Abdul Jamal berkata, mayat mangsa pertama ditemui pada pukul 8.58 pagi kira-kira 14 meter dari Pusat Kawalan Operasi Bomba di lokasi.

Katanya, mangsa pertama dikenalpasti sebagai Ahmad Daniel Abdullah berusia sembilan tahun.

“Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan teknik ‘Skin Dive’ di lokasi mangsa jatuh. Mayat pertama pada jarak 14 meter dari pusat Kawalan operasi bomba.

“Identiti mangsa dikenal pasti oleh ayah tiri mangsa, Mohd. Hamdan Baharuddin, 36.

“Operasi pencarian mangsa kedua masih diteruskan. Unit PPDA menggunakan teknik ‘Windshield wiper searching’ untuk mencari mangsa kedua,”katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam semalam.

Mohd. Suhaimi berkata, mangsa kedua ditemui pada pukul 12.10 tengah malam, tujuh meter dari pusat kawalan operasi bomba.

Jelasnya, mangsa kanak-kanak lelaki berumur sekitar tujuh tahun berbangsa cina. Identiti mangsa belum dikenal pasti.

Menurut Mohd. Suhaimi, mayat kedua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut.

Operasi itu disertai sepuluh anggota dari BBP Larkin bersama lima anggota unit PPDA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi tamat pukul 12.43 tengah malam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI